Tuesday 26 May 2015

7 Tips Menghilangkan Keputihan





Syukur alhamdulillah...masih diberi ruang untuk terus berkongsi dan berkongsi kebaikan akan kehebatan produk kesihatan Shaklee...



Petang ni saya nak berkongsi dan bercerita kesan pengambilan Alfalfa Complex dari segi masalah keputihan... Keputihan ni adalah normal di kalangan wanita jika ianya hanyalah lendir putih, berwarna jernih, cair, tidak berbau dan tidak berasa gatal... Namun begitu, keputihan tersebut boleh dikategorikan sebagai bermasalah jika sekiranya ia bersifat pekat, berwarna putih kekuningan, mempunyai bau yang kurang menyenangkan dan diiringi rasa gatal-gatal... Jangan anggap ia adalah masalah kecil semata atau pun akan hilang begitu sahaja walau tanpa rawatan susulan...

Tahukah anda bahawa masalah keputihan ni disebabkan jangkitan kulat. Jika ia tak dirawat, tak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ-organ penting dalam badan. Apa yang lebih menakutkan, ia mampu merebak ke pasangan kita. Dimana kesannya, organ seksual suami juga turut akan berasa gatal, melecet dan kemerahan... Nak ke suami kita turut merasa apa yang kita rasa?

Saya sendiri pernah mengalami masalah ini dan alhamdulillah selepas consume Alfalfa Complex, masalah keputihan tiada lagi. Dan pernah suatu ketika dahulu ketika 'berkasih sayang', suami sempat bertanya, "eh! macam fit jak ni... macam 'first time' bersama dulu, nong makan apa sampai jadi fit betul ni?"... 'Bah! makan produk Shaklee la", jawab ku selamba...

Dengar khabar ramai yang dah mula jatuh cinta dengan Alfalfa ni...sebab apa ya? Haaaah! Yang da pernah try amalkan alfalfa ni tentu da tau kebaikan, manfaat dan kesannya kan?

Sebenarnya ni la vitamin Shaklee yang PERTAMA aku makan masa pantang Ariel dulu dan sampai sekarang masih consume lagi...sedar tak sedar dah 2 tahun rupanya fall in love dengan Alfalfa ni...JJJ



Sebab apa?
Ø  Milk booster
Ø  Merawat masalah keputihan
Ø  Mengetatkan yang da longgar
Ø  Memberi kelegaan semasa haid
Ø  Melegakan sakit sendi & belakang
Ø  Mencuci usus bagi membuang toksik
Ø  Melegakan sembelit

Ø  Membuang angin dalam badan

Apa yang lebih menarik lagi kepada wanita-wanita yang dah bergelar isteri ialah Alfalfa Complex merupakan 'minyak pelincir' yang mana dapat mengurangkan masalah 'kering' ketika melakukan hubungan intim. so, tak adalah rasa sakit ketika 'bersama' kan? 

Apakah Jenis-Jenis Keputihan?

1. Putih: Lelehan pekat, putih dan tidak menyebabkan kegatalan.Tapi jika sebaliknya itu menandakan jangkitan kulat.

2. Jernih: Ia petanda kamu sedang ''subur''.

3. Jernih Serta Cair: Ia boleh berlaku pada waktu berbeza dalam kitar kesuburan,dan mungkin keluar lebih banyak selepas senaman berat.

4. Kuning Atau Hijau: Ia mungkin petanda jangkitan kulat terutama jika ia pekat dan agak berketul seperti keju, selain berbau busuk. Anda dinasihatkan berjumpa doktor segera untuk rawatan lanjut.

5. Merah Kehitaman: Boleh berlaku selepas haid,ia mungkin sisa/lebihan darah haid.

6. ''Spotting''/ Lelehan Merah: Ia mungkin berlaku disaat anda sedang subur, ketika peringkat awal kehamilan, atau ketika dalam haid. Jika ia berlaku, sepatutnya dalam minggu tersebut anda sedang haid tetapi ia tidak berlaku, maka  sebaiknya anda menjalani ujian kehamilan.


Tips Menghilangkan Keputihan

1. Sentiasa Kering:
Sentiasa memastikan Miss V dalam keadaan kering selapas membuang air kecil atau pun air besar.

2. Cara Basuhan:
Amalkan membasuh Miss V dari depan ke belakang. Harus di ingat bahawa membasuh Miss V dari belakang ke depan, dikuatiri baktiria dari anus akan menjangkiti Miss V.

3. Pemilihan Panties:
Sebolehnya elakkan memakai panti yang ketat dan jika keputihan anda semakin teruk, gunakan panti yang diperbuat daripada kain cutton (jenis cutton).

4. Kekerapan Menukar Pantiliner:
Jika anda menggunakan pantiliner, elakkan pantiliner yang berbau wangi dan kerap menukarnya.

5. Sabun Pembersih:
Elakkan menggunakan sabun pembersih wanita kerana bahan kimia dari pembersih wanita ini boleh menyebabkan jangkitan dan mengubah pH normal Miss V anda.

6. Susu Dan Yogurt:
Minumlah banyak susu dan yogurt kerana terdapat bakteria baik di dalam kandungannya yang mampu menjaga keseimbangan bakteria candida.

7. Vitamin:
Untuk kesan yang lebih cepat dan mujarab, disyorkan anda mengamalkan vitamin Alfalfa Complex Shaklee kerana ia bukan sahaja dapat membantu malah kalau rajin dan konsisten dalam pengambilannya, sekaligus dapat mengilangkan keputihan anda.



Shaklee Effect

Jom kita intai apa kata mereka...



Kesan kepada Pn. Julia 
1. Perahan susu bertambah dari 3oz kepada 8-10oz dalam satu sesi perahan


2. Masalah keputihan telah hilang 





Kesan kepada Pn Fauzi Lizar
1. Masalah keputihan sejak di bangku sekolah telah hilang


2. Jimat duit daripada membeli pantiliner setiap bulan




 Kesan kepada Pn. xxx
1. Mengetatkan Miss V seperti malam pertama
2. Buah dada dan punggung semakin tegang (anjal) dan montok
3. Melawaskan sistem pembuangan 9tiada masalah sembelit)



Kesan kepada Pn. xxx
1. Tak perlu guna pantiliner sepanjang hari
2. Masalah keputihan semakin kurang


Jom atasi masalah keputihan  yang sering menggangu rutin harian kita hanya dengan mengamalkan Alfalfa Complex secara konsisten.... Jangan lupa minum banyak air suam tau! Barulah cepat kita rasai kesan Alfalfa Complex ni...




Nasriah Abdullah +6016-817 8716 | The Founder Of Cahaya Nur Adhwa
Pengedar Shaklee Berdaftar SID 1195271
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Sabah
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia





Friday 22 May 2015

Khasiat Vita-Lea Iron Formula Shaklee

Vita-Lea Iron Formula Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan  vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Vitalea merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.


20 Khasiat Vita-Lea Kepada Kesihatan

  1. Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
  2. Pelengkap nutrisi dan mineral penting dalam tubuh badan kita
  3. Keupayaan sistem produktif untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  4. Meningkatkan metabolisme
  5. Melambatkan penuaan
  6. Elemen penting pada sel tubuh 
  7. Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati
  8. Untuk kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser dan menguatkan kerangka tulang
  9. Mencegah penyakit osteoporosis
  10. Membantu menangani masalah anemia
  11. Bagus untuk tirod
  12. Meningkatkan kadar hemoglobin
  13. Menangani masalah kerap pitam dan pening
  14. Membantu mengurangkan masalah migrain
  15. Merawat masalah mulut berbau
  16. Mencantikkan kulit
  17. Mengekalkan kadar degupan jantung normal
  18. Mencegah masalah prostat
  19. Meredakan tekanan
  20. Merangsang pengeluaran susu badan

Apakah Keistimewaan Vita-Lea Shaklee?

ü  Multi-vitamin yang paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia
ü  Multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
ü Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting
ü  Terbukti dapat mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%







Apakah Kandungan Nutrisi vita-Lea Shaklee?

Memandangkan ramai sangat customer to be dan new member to be bertanyakan tentang kehebatan Vita-lea, saya nak share kandungan vita-lea tu sendiri...

Dah alang-alang Shaklee nak bagi free kan, so jom kita tengok satu persatu kandungan dan fakta nutrisi yang terdapat dalam Vita-Lea Iron Formula:

Vitamin A 
- Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vitamin D 
– Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vitamin E 
– Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vitamin C 
– Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folik 
– Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vitamin B1 
– Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.


Vitamin B2
– Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vitamin B3 
– Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vitamin B6 
– Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vitamin B12 
– Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin 
– Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vitamin B5 
– Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium 
– Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus 
– Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

Iodin 
– Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi 
– Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium 
– Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

Copper 
– Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

Zink 
– Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.






*Dapatkan diskaun sehingga 20% apabila anda mendaftar sebagai Ahli Shaklee.






Makanan Tambahan RAMBUT GUGUR!


Rambut anda gugur dengan banyak? 
Hari-hari sapu lantai sebab penuh dengan rambut gugur sahaja? 
Bila sikat rambut, segenggam yang keluar? 
Scary kan? Lama-lama kepala akan jadi LICIN dan BOTAK! Wah tu lagi scary, kan? 

Jadi jangan tunggu terlalu lama dan biarkan ianya berlarutan. Anda mesti buat sesuatu!


Kenapa Rambut Gugur?


Masalah Rambut Gugur!
Punca rambut gugur dikatakan boleh terjadi disebabkan perkara2 berikut:
  • Jangka hayat: jangka hayat rambut secara purata ialah 4.5 tahun; rambut kemudian gugur dan diganti dalam tempoh 6 bulan oleh rambut baru.
  • Kebiasaan: mencuci, mengering, dan memberus rambut semua boleh menyebabkan beberapa helai gugur; kebanyakan kita lakukan nya dengan kerap.
  • Penuaan: Selepas umur 30 tahun (dan selalunya sebelum), lelaki dan wanita mulakehilangan rambut, walaupun lelaki cenderung untuk mengalaminya pada kadar yang lebih cepat.
  • Corak kebotakan dikaitkan dengan testosteron. Ini menerangkan mengapa lebih ramai lelaki pengalaman corak kebotakan.
  • Tekanan emosi yang berlebihan
  • Menghidapi penyakit tertentu
  • Perubahan hormon 
  • Kehamilan,bersalin, dan penggunaan pil kawalan kelahiran
  • Kesan kemoterapi

Jangan risau... kini masalah rambut gugur boleh diatasi dengan makanan tambahan. Betul ke? Yes!!! Cuba lihat punca rambut gugur. Dari punca tersebut kita cari jalan penyelesaian. Apakah vitamin untuk mengatasi masalah rambut gugur? Kenapa vitamin? Kerana penggunaan Vitamin dan mineral yang betul memainkan peranan penting dalam pertumbuhan rambut. Rambut juga merupakan tisu badan dan oleh itu, ia memerlukan nutrien tertentu untuk mengekalkan kesihatan dan keupayaan untuk berfungsi dengan baik itu. 






3 Vitamin Utama Rambut Gugur

ESP : ESP adalah serbuk protin. Kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat. 








B-Complex: Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. Bcomplex adalah vitaminanti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamain B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. kesimpulannya kelebihan bcomplex sangat banyak untuk masalah rambut gugur. 




Zinc Complex:  Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Apabila hormon seimbang maka  risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut. 





Revitilizing Shampoo: Istimewanya shampoo ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS. Pangalaman sendiri, bila lepas guna shampoo ni rambut terasasangat lembut dan kepala pun jadi ringan. Semasa shampoo memang selai dua je rambut yang gugur berbanding bila guna shampoo yang lain. 




Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat HARGA ISTIMEWA dan KONSULTASI PERCUMA seumur hidup...




Appointment

Copyright to Cahaya Nur Adhwa
Designed by UMIESUEstudio 2015